Saturday, 11 July 2015


Terima kasih kerana anda mengikuti blog ini. Saya Noorafini Idayu Jilani atau lebih mesra dengan panggilan Ayu. Saya seorang Perunding Etiqa Takaful yang bernaung di bawah agency nombor satu Etiqa Takaful selama lapan tahun berturut-turut iaitu Al-Faiz Agency. Oleh itu saya ada reputasi yang perlu dipertahankan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Kenapa saya katakan "Takaful Membawa Rahmat". Ini kerana Takaful adalah untuk kebaikan diri anda sendiri. Ia membawa manafaat bukan sahaja kepada anda, malah untuk orang yang anda sayangi. Manafaatnya boleh dilihat dari tiga aspek utama iaitu:

TAKAFUL ADALAH SIMPANAN

Setiap wang yang dicarum merupakan suatu bentuk simpanan jangka panjang. Anda hanya perlu bijak untuk menabung awal dan menetapkan suatu tempoh yang munasabah untuk wang anda berkembang. Sekiranya anda merupakan ibubapa kepada anak yang masih kecil, menabung melalui Takaful adalah cara paling bijak untuk menjamin masa depan mereka kelak.

TAKAFUL ADALAH PELABURAN

Anda harus sedar bahawa sebahagian wang yang dicarum akan dilaburkan oleh Wakil Sah Etiqa Takaful ke portfolio pelaburan yang memenuhi tuntutan syarak. Oleh itu wang keuntungan yang dibahagikan kepada peserta nanti adalah terhindar dari syubahah. Wang inilah yang menjadikan simpanan anda berkembang. Ianya boleh dikeluarkan apabila matang atau di pertengahan tempoh caruman mengikut syarat-syarat tertentu.

TAKAFUL ADALAH PERLINDUNGAN

Takaful datang dengan konsep Tabarru' iaitu sebahagian dari caruman akan diderma dan ditempatkan dalam suatu tabung yang boleh digunapakai bagi membantu peserta yang memerlukan dengan mengikut segala syarat yang ditetapkan. Oleh itu sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini kepada anda atau orang yang lindungi maka wang perlindungan inilah yang bakal menjadi penyelamat keadaan pada masa itu.




Gabungan tiga elemen utama inilah yang menjadikan Takaful suatu rahmat buat anda. Ianya sah di sisi syara' dan menjadi penyelamat pelan jangka panjang buat anda dan orang yang tersayang. Inilah yang menjadi teras dalam perkhidmatan yang ingin saya tawarkan. Perkhidmatan tersebut saya bahagikan kepada dua iaitu Perkhidmatan Hakiki dan Perkhidmatan Nilai Tambah.


PERKHIDMATAN HAKIKI

Ini adalah khidmat paling asas yang sepatutnya diberikan oleh seorang perunding Takaful. Kadang kala untuk memenuhi tuntutan hakiki ini pun boleh menjadi kesukaran buat seseorang jururunding. Berikut adalah komitmen saya kepada anda:

1.  Rundingan Pelan Yang Tepat

Di Etika Takaful kami mempunyai tujuh produk yang dinamik iaitu Harmoni, Intelek, Prisma, Prisma+, Karisma, EliteLink dan Mabrur. Setiap satunya mempunyai kekuatan dan sebab tersendiri kenapa ianya ditawarkan. Untuk memastikan anda memiliki produk yang tepat dengan keperluan dan kehendak, saya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa bertanya beberapa soalan asas kepada anda. Kesemuanya saya rangkumkan dalam SOAL SELIDIK RINGKAS (SSR) yang akan dihantar melalui sms/ whatsapp sejurus anda menghantar mesej "info etiqa" ke 019-207 7217 sebagai tanda ingin tahu lebih lanjut nanti. Dari sini saya akan menyediakan dua sebut harga mengikut pelan yang bersesuaian dengan diri anda hasil dari respon SSR tadi.




2.  Penyerahan Polisi Secara Peribadi

Saya akan pastikan setiap urusan administrasi dilakukan dengan efisien. Apabila polisi diluluskan saya akan membuat temujanji dan menyerahkannya secara peribadi walau di mana anda berada. Hadiah misteri turut akan saya berikan semasa sessi penyerahan polisi nanti.


3.  Mengurus Bencana

Malang tidak berbau. Kita mungkin mengimpikan kehidupan sempurna tetapi ujian Allah SWT tiada siapa dapat menduga. Sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi, saya akan sedaya mungkin cuba memudahkan segala urusan anda. Antaranya saya perlu mencadangkan hospital yang bersesuaian, bilik wad yang sesuai dengan pelan, menyelesaikan segala urusan tuntutan, mendapatkan wang khairat kematian dan sebagainya.


      






























PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH

Perkhidmatan ini bakal mendekatkan lagi silaturahim antara saya dan anda. Ianya bersifat personal dan menjadi keazaman yang tinggi untuk saya memenuhi komitmen yang di bawah ini:

4.  Ziarah

Saya akan sedaya mungkin memenuhi tuntutan ziarah ini bukan sahaja dalam soal hari buruk yang anda lalui tetapi juga pada saat gembira seperti undangan perkahwinan dan sebagainya.



5.  Kad Diskaun Al-Faiz

Setiap peserta di bawah saya akan diberikan Kad Diskaun Al-Faiz. Kad ini boleh diguna untuk memperbaharui insuran kenderaan di bawah nama anda dengan diskaun sebanyak 5%. Sekiranya anda memperbaharui insuran kenderaan yang bukan nama anda maka diskaun 3% akan diberikan.



6.  Rebate Tunai

Ramai yang maklum bahawa setiap jururunding takaful menerima sejumlah komisyen dari premium bulanan peserta untuk suatu tempoh caruman yang ditetapkan. Sebagai menghargai kepercayaan anda, saya akan memberikan Rebate Tunai dari bahagian komisyen yang saya perolehi hasil dari caruman anda. Pecahannya adalah seperti berikut:

* Rebate Tunai diberi berdasarkan komisyen yang perolehi (bukan caruman bulanan) yang akan dirunding secara peribadi dengan anda

7.  Bimbingan Pelaburan

Saya mempunyai sedikit ilmu tentang pelaburan tanpa risiko yang membawa pulangan yang sangat berbaloi. Ianya sangat selamat dan realistic untuk dicapai. Saya boleh membimbing anda dalam pelaburan ini sehingga anda mencapai pulangannya. Perkara ini saya reserve hingga anda telah sah menyertai pelan Etiqa Takaful. 



Inilah tujuh komitmen saya kepada anda. Diharapkan ianya dapat membantu anda membuat keputusan untuk menyertai Etiqa Takaful ini bersama saya. Perlu diingatkan bahawa pelan takaful ini adalah suatu keperluan untuk kita semua. Ianya sangat straight forward dan amat mudah untuk difahami.

Oleh itu sekiranya apa yang dinyatakan tadi selari dengan kehendak dan keperluan anda, maka bolehlah hantarkan mesej "info etiqa" kepada saya melalui sms/whatsapp ke nombor 019-207 7217 untuk saya berikan info yang lebih lanjut. Diharapkan ianya mampu menjadi titik tolak perubahan dalam hidup anda di samping mengeratkan lagi silaturahim antara kita.











Ayu
Perunding Etiqa Takaful
HP: 012-207 7217

No comments:

Post a Comment